Monday, October 14, 2019

SAYA BAKAL TURUNKAN BERAT BADAN SEBANYAK 6 KG DENGAN JOM DETOX JUTAWAN

Assalamualaikum selamat tengah hari sahabat semua.




Hari ni daku nak share pasal impian ku untuk turunkan berat badan sebanyak 6bkg.Sebelum kawin berat dalam 43-45 kg je.Tapj selepas berkahwin ni,hati gembira naiklah sikit berat ke 50 kg πŸ˜….Lepas bersalin plak,lagi susah pulak dia nak turun.Duk maintain 53kg.Nak kata gemuk,taklah gemuk.Berat masih dalam ideal weight lagi.

Tapi daku nak jugak kurangkan dalam 6 kg.Sebab,bila berat dah naik walau still dalam range ideal weight kita akan terasa jugak tau.Tuan empunya badan sendiri tau badan macam mana kan.Kalu daku,bila bedat badan naik sikit tapak kaki akan cepat rasa lenguh.Bila berdiri lama sikit,mulalah dah tak selesa.Kejap-kejap nak duduk.Pastu bila buat keje pun tak seaktif biasa.Tu baru dalam berat 53 kg,daku pernah rasa berat badan 80 kg.Masa mengandungkan anak yang sulung.Memang nak nangis je rasa time tu.Tambah-tambah bila kandungan dah sarat.Nak bawak diri,Allah je tahu macam mana rasanya.Nasib lepas bersalin tu turun banyak jugak walaupun tak dapat berat asal 🀣.

Lagipun tujuan daku nak buat detox bukan sebab nak kuruskan badan je.Daku nak sentiasa cergas dan cerdas je.Tak naklah buat keje sikit dah letih.Pulak tu detox dapat bantu buang segala toksin yang dah bertapa dalam badan kita ni.Selain tu,banyak sebab lagi kenapa kita perlu detox.Antaranya:


🍎 Untuk buang Toksin daripada badan

🍎 Untuk mencegah penyakit kronik

🍎 Meningkatkan sistem imunisasi badan

🍎 Mengurangkan berat badan

🍎 Memperlahankan proses tua sebelum waktunya

🍎 Meningkatkan kualiti kehidupan

🍎 Meningkatkan tenaga

🍎 Kualiti kulit semakin cantik

🍎 Ketenangan mental dan emosi

🍎Mengembalikan kestabilan kepada sistem badan.

Banyak kan sebab kenapa kita perlu detox.Jadi korang,jangan tunggu badan dah sakit-sakit baru nak try detox k.Apa kata sekarang,korang cuba teliti balik badan korang,ada tak tanda macam kat atas tu.Kalu ada ha,cepat-cepatlah buat keputusan k.

Jadi,jomlah kita detox secara jemaah.Boleh sihat dan kuat sama-sama kan πŸ˜‰.Sebelum ni daku pernah jugak try nak diet,tapi tak tahan.Sebab sebelum ni daku menyusu jadi memang cepat lapar je selalu.Tapi dengan Jom Detox Jutawan,ibu menyusu pun boleh buat detox.Tak de masalah terpaksa ikat perut sebab nak kurus lagi dah.


Tak de masalah dah untuk ibu menyusu nak kurus



Mudahnya nak kurus dengan Jom Detox 
Jutawan 😍

Selain tu,Jom Detox Jutawan juga berbeza dengan program detox yang lain.Banyak kelebihan dalam Jom Detox Jutawan ni.Antaranya:

1) Kami sediakan coaching 17 hari di group whatsapp merangkumi Predetox week, Detox Week dan Post Detox Week. Satu satunya Group yang ada Predetox & Post Detox Week. 

2) Kami guide untuk detox dengan ilmu. Bukan semberono atau ikut ikutan. 

3) Kami beri meal plan yang di sediakan oleh Pakar Nutrisi dan dipersetujui oleh Doktor. Insya Allah anda tak akan kelaparan. 

4) Program kami TERBUKTI BERKESAN bagi peserta sebelum ni yang betul betul ikuti panduan yang kami beri (boleh rujuk testimoni sebelum ni)

Bestkan!Banyak lagi kelebihan Jom Detox Jutawan ni.Korang boleh singgah di link bawah ni k










Iffah
Your Trusted SID(1303891)
TWB Beautician 
Team Jutawan
www.wasap.my/60193620329

Sunday, October 13, 2019

KELEBIHAN BUAT BUSINESS SHAKLEE BERBANDING BUSINESS LAIN

Assalamualaikum sahabat.

Alhamdulillah hari ni dah day 29 daku berjaya update blog dengan jayanya.Alhamdulillah ni semua dengan izin dariNYA.Hari ni daku nak share dengan korang pasal "Kelebihan Buat Business Shaklee Berbanding Business Lain".Alhamdulillah walau daku baru setahun dalam business ni,banyak sangat peluang dan ruang yang kita boleh dapat dari business ni.Ni ikut pengalaman daku sendiri.Sebab,sebelum daku buat business Shaklee daku ada join beberapa business yang lain sebagai dropship dan juga agen.

Tapi bukanlah nak kata business lain tak bagus.Masing-masing ada kelebihan masing-masing.Ni just sharing dari pengalaman ku dan juga apa yang ku tahu.hehehe.




5 KELEBIHAN BUAT BUSINESS SHAKLEE BERBANDING BUSINESS LAIN 

1) PRODUK YANG HEBAT

Misi Shaklee adalah untuk membantu jutaan orang di seluruh dunia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik. Kenapa produk Shaklee adalah hebat? Sebab ianya memenuhi kriteria yang kita nak.Kalu kita sebagai peniaga atau pun pembeli kita akan cari produk yang terbaik yang boleh memberi manfaat pada kita dan orang sekeliling.Shaklee terkenal dengan penghasilan produk yang selamat,terbukti dan berkesan.

a) SELAMAT

πŸ’Ada 8 sebab untuk korang percaya kualiti dan keselamatan produk Shaklee.Produk yang selamat datangnya dari bahan-bahan yang berkualiti.Bahan-bahan untuk produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi.

πŸ’Standard ketulenan Shaklee adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat.Ianya bertujuan untuk memberi jaminan bahawa semua produk Shaklee adalah selamat.Sebab tu Shaklee di gelar perintis dalam nutrisi semula jadi.

b) TERBUKTI

πŸ’ Para Saintis  Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi.Selain itu semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya turut dilakukan.

c) BERKESAN

πŸ’ Shaklee telah berjaya menerbitkan Kajian Pemakanan Supplemen Shaklee.Ia adalah kajian perintis mengenai pengguna supplemen jangka panjang yang menunjukkan bahawa meraka yang mengambil supplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau yang tidak mengambil multivitamin sama sekali.

2) MEMPUNYAI GANJARAN BUSINESS YANG HEBAT

πŸ’ Shaklee menawarkan ganjaran tunai (cash) dalam pelbagai kategori dan ia tidak termasuk untung runcit.Semua pengedar Shaklee berpeluang untuk menikmati Personal Bonus,Net Pesonal Bonus,Leadership Bonus dan Infinity Bonus.


πŸ’ Selain daripada bonus tunai,Shaklee juga turut menyediakan bonus kereta dan trip pelancongan dalam dan luar negara secara percuma.Best kan 😍😍Tu untungnya korang buat business Shaklee.Yang penting kena rajin usaha,solat dan tawakal pada Allah sungguh-sungguh.

3) GAJI ON TIME DAN MEMPUNYAI SLIP GAJI 

πŸ’ Untungnya korang bila buat business Shaklee adalah cash bonus yang korang dapat tak pernah lambat atau lewat dari 15 haribulan pada setiap bulan.Selalu on time sama ada 13 atau 14 haribulan.Walau dalam keadaan apa pun,Shaklee memang tak pernah ada masalah untuk bayar bonus ahlu-ahlinya  πŸ˜‰

πŸ’   Lagi best buat business Shaklee adalah kerana  Shaklee menawarkan slip gaji untuk setiap ahlinya.Biasanya orang berniaga ni takkan ada slip gaji sebab dialah majikan,dialah pekerja.Tapi Shaklee berbeza. Dan slip gaji Shaklee laku untuk di gunakan di mana-mana bank.Sebab tu,dengan slip gaji nilah ramai pengedar Shaklee berjaya lepas untuk buat pinjaman untuk beli rumah,kereta dan lain-lainm


4)BUSINESS BERKUMPULAN BUKAN BERSEORANGAN

πŸ’ Buat business apa pun,kita memang perlu untuk buat secara berkumpulan. Kalau buat sesensorang diri kita akan mudah putus asa dan tak bersemangat.Macam tulah juga dalam Shaklee.Kita memang di galakkan untuk berbusiness secara berkumpulan.


πŸ’ Alhamdulillah daku di bawah group besar Team Jutawan.Satu group yang sangat banyak membantu dari pelbagai sudut.Di bawah team jutawan daku berada dalam team Master Athirah,Soul.Dan dalam group tu juga daku berada dengan leadee hebatku,Noor Kamilah Ibrahim atau dikenali sebgai Mila.

πŸ’  Banyak sangat manfaat buat business secara berkumpulan ni.Selain dapat tolong satu sama lain,kami juga dapat beekongsi idea macam mana nak kembangkan lagi team yang kita ada.Bestkan,ukhuwah pun makin terjalin dan berkembang 😍.

5) BUSINESS SHAKLEE ADA DI MANA-MANA

πŸ’ Business Shaklee boleh di lakukan di mana-mana sahaja.Walau korang balik kampung dan dapat order dari customer,korang still dapat bekerja.Sebab Shaklee menyediakan perkhidmatan online Shaklee2u buat ahli-ahlinya.Jadi korang hanya online,buat pesanan dan barang akan di hantar untuk customer korang.Mudahkan!


Alhamdulillah,tu serba sedikit yang daku dapat share dengan korang berkenaan kelebihan buat business Shaklee berbanding business yang lain-lain.Pokok pangkalnya,untuk berjaya kita kena usaha sungguh-sunggub tanpa kenal eeti putus asa.Lagipun,mana ada kejayaan tanpa sebelumnya diiringi air mata kan.

Mohon doa dari sahabat semua untuk daku teeus berjaya dalam business Shaklee ni.Moga tahun 2020 tahun terbaik untuk ku berjaya dalam business Shaklee ni😘

Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician 
Team Jutawan
www.wasap.my/60193620329

Saturday, October 12, 2019

5 ORGAN DETOX DAN FUNGSI

Assalamualaikum,selamat malam semua!


Korang,harini daku nak share pasal organ-organ detox dan fungsinya.Tapi sebelum tu,meh nak bagitau dulu apa itu detox.Detox adalah satu proses pembuangan toksin daripada badan melalui organ-organ detox badan.Badan kita mempunyai 5 organ detox dan mempunyai fungsi yang berlainan.

Organ detoks manusia terdiri dari:

1) Paru-paru
2) Sistem penghadaman
3) Kulit
4) Hati
5) Buah pinggang



Apa itu toksin?
Toksin adalah bahan buangan atau racun bahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Mustahil untuk kita elakkan toksin dari badan kerana toksin berada di mana-mana.

Badan sebelum detox



Badan selepas detox



Detox dapat mengeluarkan toksin dari badan dan ia akan menjadikan badan ringan. Selain itu kita juga dapat manfaat kesihatan yang lain hasil dari pembuangan toksin dari badan kita.

Dengan detox, kita akan mengembalikan semula kestabilan kepada sistem badan dan ini akan membolehkan sistem badan berfungsi dengan sempurna.

Jom kita tengok fungsi setiap organ detox

1.Paru-paru

πŸ“Œ Setiap hari paru-paru kita terdedah dengan pencemaran yang bahaya dan mempunyai risiko kemasukkan mikrob ke dalam peparu ketika bernafas.

Paru-paru berfungsi dalam proses pernafasan dimana oksigen akan masuk ke dalam peparu dan ia akan membebaskan karbon dioksida dan gas serta bahan kimia lain yang tidak diperlukan.

2.Sistem penghadaman

πŸ“ŒOrgan dalam sistem penghadaman adalah usus kecil dan besar.Ia terlibat dalam proses penghadaman dan penyerapan.

Penghadaman adalah satu proses penghancuran dan pengisaran makanan secara fizikal kemudianya diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan molekul makanan.

Setiap hari pelbagai jenis makanan yang masuk ke dalam badan kita.Antaranya ialah pengawet,pewarna,lemak trans gula dan lain-lain.

Setiap makanan ini akan di hadam apabila masuk ke dalam badan.Bahan yang dikisar dan bermanfaat akan diserap ke dalam tubuh badan.

Bahan yang tidak dapat dimanfaatkan atau dipecahkan akan di buang melalui proses seterusnya iaitu proses penyingiran.Semakin baik pencernaan seseorang individu itu,semakin banyak nutrien yang dapat diserap dari makanan yang dimakan.

3.Kulit

πŸ“Œ Kulit merupakan organ pertama yang terdedah kepada pencemaran.Terutama sekali pencemaran.yang melibatkan persekitaran dan bahan kimia.

Selain menjadi pelindung kepada organ dalam badan,kulit juga merupakan organ terbesar yang membuat proses detox dengan mengeluarkan peluh dan toksin.Kulit juga memberikan signal kepada kesihatan tubuh badan

4.Hati

πŸ“Œ Hati adalah organ utama yang membuat proses detosifikasi pada badan.Ia akan melakukan proses bagi generasi sel yang baru.Ia juga berfungsi untuk menapis darah,detox bahan kimia dan penghasilan cecair hempedu.Hati juga mempunyai fungsi berat iaitu menapis bahan kimia yang masuki badan setiap hari.

5.Buah Pinggang

πŸ“Œ Buah pinggang adalah organ penting untuk kesihatan tubuh badan.Kegagalan fungsi organ ini menyebabkan keperluan untuk melakukan dialisis adalah semakin tinggi.Ia berfungsi mengawal cecair dalam badan dengan menapis darah dan  bahan buangan lain dan juga bertanggungjawab dalam penghasilan hormon.

Sangat rugi kalau kita hanya detox pada satu bahagian sahaja, sedangkan ada 5 organ kita yang perlu di 'Detox' kan?Jadi korang kalau rasa nak detox m3h contact daku cepat-cepat k 😘

Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician
Team Jutawan
www.wasap.my/60193620329

Friday, October 11, 2019

BEKERJA TAPI NAK BUAT BISNES?BOLEH KE?

Assalamualaikum dan selamat malam semua.Salam kasih sayang buat semua.Harini daku nak share pasal 'Bekerja tapi nak buat bisnes,boleh ke?

Sebenarnya hal ni terpulang pada kemampuan dan kehendak individu itu sendiri.Ada yang mampu dan ada yang tak mampu.Namun ianya tetap mempunyai kebaikan yang tersendiri.

4 Manfaat Bekerja tapi nak buat bisnes,boleh ke?

Kalau pada daku,boleh je dan ianya tidak mempunyai masalah.Tapi bergantung pada keperluan korang juga.

1.  Dapat membantu korang untuk tambah ilmu dan pengalaman baru tentang busines.Korang mungkin boleh start dengan menjadi dropship sesuatu barang.Ia dapat membantu korang memulakan bisness dengan yang ringan-ringan dahulu.Risiko pun tak banyak.

2. Dapat membantu menggisi masa lapang.Terutama sekali untuk yang masih bujang.Korang juga kena sanggup untuk korbankan masa.Ada orang memanfaatkan 24 jam masa yang ada dengan menjadi jutawan.Ada pulak yang tak dapat buat apa-apa.Jadi bila korang dah berpeluang untuk buat bisness ni maka hargailah ia untuk buat dengan bersungguh-sungguh.

Korang juga sangat-sangat tidak digalakkan untuk mengabaikan tugas pada kerja hakiki korang.Jadi korang kena pandai bahagikan masa antara tanggungjawab korang sebagai bekerja dahulu,baru utamakan business yang korang jalankan.

3.  Boleh je korang nak buat bisness sambil kerja.Sebab ianya dapat memberi peluang untuk korang tambah sahabat baru.Dapat berjumpa dan berkenalan dengan orang baru ni best,sebab dapat buka minda kita untuk share apa yang kita semua ada dan tahu.Siapa je tak suka kalau nak tambah kawan kanπŸ˜‰.

Lagi best bila korang buat business beementor.Korang boleh ada group,boleh coaching dengan mentor korang.Dan dapat guide yang betul untuk korang berjaya dalam business yang korang buat.Alhamdulillah daku dipertemukan dengan bisness Shaklee.Salah satu bisness bermentor yang banyak sangat membantu daku,bukan setakat untuk business je.Malah lebih daripada tu 😘.

Dengan beberapa orang group teamku


Mentorku dan the geng

Bestnya bisness bermentor


4. Korang kena pandai cari bisness yang boleh beri banyak manfaat untuk korang dan family.Kat sini daku nak cadang korang untuk jojn buat bisness Shaklee.Kenapa Shaklee??Sebab banyak sangat manfaat yang korang boleh dapat dari bisness ni.Korang boleh baca lanjut di KELEBIHAN BISNESS SHAKLEE dan di TIME FREEDOM DENGAN BISNESS SHAKLEE 

Bestkan.jadi tak salah pun sebenarnya kalau korang nak buat bisness dalam masa korang masih bekerja.Banyak sangat manfaat dan kelebihan yang korang boleh rebut.Pokoknya teepulang pada diri sendiri.Akhir kata,salam sayang sahabat.

Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician 
Team Jutawan
www.wasap.my/6093620329

Thursday, October 10, 2019

KEGEMUKKAN PUNCA SAKIT KRONIK





AWAS ! GEMUK PUNCA PENYAKIT KRONIK !

Selalu sangat kan kita dengar,bila gemuk penyakit mudah datang.Bukan penyakit biasa-biasa tapi penyakit kronik.Ada yang gelar penyakit 3 serangkai.Apa-apa pun,jaga lah kesihatan sebelum penyakit datang serang kan.

Rakyat malaysia ramai yang mengalami masalah obesiti  πŸ˜₯


Tapi,statistik menunjukkan Malaysia paling ramai orang gemuk dan obes.Macam mana tu?Tepuk dada tanya diri sendiri k.Korang selesa tak dengan berat badan korang yang sekarang.Berat ideal ke atau dalam kategori obes?πŸ˜…Memanglah kurus tu tak menjamin sihat sepenuhnya,tapi sekurang-kurangnya berat kita ideal dan tak melebihi had.Berat badan terlebih ni memang mudah mengundang penyakit kronik.Antaranya:

🚫 Kencing manis
🚫 Darah tinggi
🚫 Sakit jantung
🚫 Lemah jantung
🚫 Kegagalan sistem pernafasan
🚫 Kegagalan sistem perkumuhan
🚫 Kanser dan sebagainya

Penyakit di atas akan anda hidapi jika anda masih selesa dengan kegemukan yang anda ada sekarang.

❗❗ AWAS ❗❗

Mungkin sesuatu yang lebih kronik dari ini boleh menimpa korang.Korang nak ke? Dalam usia muda,umur baru 25 dah ada macam-macam penyakit.Hari-hari kena makan ubat,di saat orang lain menikmati hidup masa muda dengan penuh nikmat.Nak ke??Fikir-fikirkanlah k😊

Bersenam mampu mengawal masalah berat badan

Sebelum perkara yang lebih serious berlaku.Baik korang ambil langkah awal dengan menjaga pemakanan iaitu mengikut keperluan yang diperlukan(bukan mengikut hawa nafsu πŸ˜‚),bersenam,detox dan lain-lain lagi.

Tak de siapa pun yang nak gemuk dan selesa dengan keadaan diri yang gemuk.Kegemukan menyebabkan pergerakan kita terbatas.Lagilah kalu menghidap salah satu penyakit kronik ni.Bukan sahaja menyusahkan diri sendiri,kita juga akan turut susahkan orang di sekeliling.Jadi pokok pangkalnya,jagalah pemakanan kita selalu.Walau berada di negara yang di gelar syurga makanan,tu bukan memberi jaminan untuk kita bebas makan apa sahaja tanpa fikirkan kesihatan masa depan.

Syurga makanan di Malaysia.Lambakan jenis menu makanan mengundang padah bila kita tak dapat kawal nafsu makan

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk korang atasi masalah kegemukkan.Tapi korang kena pandai memilih untuk pilih sesuatu yang boleh beri manfaat dari segi kesihatan,masa dan tenaga korang.Salah satu program yang daku boleh sarankan untuk korang yang ada masalah kegemukkan adalah Program Jom Detox Jutawan.Satu program yang membantu untuk menurunkan berat badan korang.Ia adalah program selama 17 hari. Dan ada 3 fasa:


Pendaftaran untuk Program Jom Detox Jutawan 17.0 dah dibuka 😘

Fasa 1 (Pre-Detox): Tempoh untuk prepare tempoh detox. Untuk kita ubah mindset 

Fasa 2 (Detox): Tempoh kita detox dengan meal plan yang telah disediakan.

Fasa 3 (Post-Detox): siapa yang buat Detox betul-betul. Akan dapat result badan lebih cergas, berat badan continues turun, kulit cantik, nampak lebih muda. Just name it.

Program Jom Detox Jutawan  ni sangat berbeza dengan program detox yang lain.Korang boleh rujuk di:




Kesimpulannya nak tak nak korang memang kena jaga dan kawal berat badan korang untuk elakkan penyakit kronik ni.Bila berat mula bertambah,cepat-cepat cari jalan penyelesaian.Jangan biarkan je,sehingga tak sedar korang dah obes.Bahaya kan!Jadi cepat-c3patlah sedar sebelum terlambat.

Oklah,tu sahaja untuk malam ni sahabat.Moga di beri peluang dan ruang lagi untuk terus share dengan korang😘.

Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician 
Team Jutawan
www.wasap.my/60193620329


Wednesday, October 9, 2019

KENAPA SURI RUMAH WAJIB BUAT BISNESS



Assalamualaikum hai korang semua!

Topik harini nak share pasal Kenapa suri.rumah wajib buat bisness.Rasanya dari tahun 2017 lagi dah ramai geng-geng suri rumah start buat bisness.Paling ramai join buat bisness online.Sekarang pulak macam-macam bisness yang ada.Banyaknya macam cendawan tumbuh lepas hujan.

Ada yang start sebagai dropship,agent,stokis,master stokis dan ada yang berani siap jadi founder produk lagi.Alhamdulillah,tak kisah korang bermula dari bawah pun ia tetap satu pengorbanan yang besar tambah-tambah kita kaum ibu dan isteri.Yelah,dengan nak urus anak lagi,suami lagi,rumah tangga.memang betul-betul jadi supermak kan. Tulah hebatnya wanita kan.Nampak luaran lemah,tapi dalam kita sebenarnya kuat πŸ˜‰.Oklah jom tengok sebab kenapa suri rumah wajib buat bisness.



4 SEBAB KENAPA SURI RUMAH KENA BUAT BISNESS


1.Untuk bantu suami cari nafkah.Sebab zaman sekarang kos sara hidup setiap tahun makin meningkat.Tambah-tambah yang hidup di bandar.Sekurang-kurangnya duit hasil business tu boleh simpan atau guna untuk kecemasan.



2.Untuk jadi surirumah yang mempunyai lifestyle orang berkerjaya dan educated😊Walaupun duduk di rumah je,tapi kita tetap ada kerjaya yang dapat bagi kita time freedom.Tambah-tambah bisness yang kita boleh buat dan atur sendiri.Sambil-sambil jaga anak,sambil buat duit poket.Kan ke best tu.Dapat jugak bantu kita tambah ilmu dari segi marketing,sales dan lain-lain lagi.



3) Dapat bersosial dan dapat ramai kawan baru.Tak delah kita terperap je kat rumah dengan buat rutin yang sama hari-hari.Lama-lama bosan jugak kan.Lagi pun,kita perempuan ni memang selalu ada rasa nak berkawan,nak ada teman,nak ada masa untuk share apa-apa dengan kawan-kawan.Lagipun kita sendiri pun kena ada 'me time'.Dapat juga bantu keluar dari kemelut depression.Penyakit pembunuh dalam diam ni.Perempuan kan selalunya mudah stress,nak-nak suri rumah yang masa dan life nya banyak di habiskan dekat rumah.Bila berpeluang bersosial dengan kawan-kawan macam ni dapat bantu hilangkan penat dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis tu πŸ˜‚



Taklah hidup rasa tiada matlamat, useless, down dan tak boleh menyumbang apa-apa. Suami pulak busy kerja waktu tu, keluar pagi balik malam.Bila korang start buat bisness at korang akan ada matlamat hidup.Contohnya,bila korang join business Shaklee ni,ia akan bantu memberi sinar untuk korang keluar dari rasa tekanan tu.Tambah-tambah  kehadiran mentor yang sering dan selalu sangat beri kata-kata semangat :')

4) Korang berpeluang untuk jadi orang yang ada self development. Ada KPI yang nak dicapai.Akan nampak lebih bermatlamat, ada impian, ada cita-cita.Tapi ia bergantung pada business apa yang korang join.Tapi dalam Shaklee dapat bantu korang untuk tingkatkan korang punya self development dari segi 

🌻Soft skills
🌻Keyakinan diri
🌻Leadership

Korang akan rasa best sangat,sebab korang akan di bimbing untuk berjaya.Dan once korang dah berjaya Shaklee akan bagi penghargaan besar kat korang seperti berpeluang melancong dalam dan luar negara,bonus bulanan,bonus kereta.Seriously ! Best sangat bila korang dah capai semua tu dan berjaya improve diri korang dengan bisness Shaklee ni dan korang boleh buat sambil-sambil anak-anak ada depan mata.Tak perlu risau kalau tak dapat tunai tanggungjawab sebagai isteri or anak,sebab korang buat semuanya hanya dengan online atau offline sahaja😘


Bestkan,jadi daku nak seru semua suri rumah sekalian,jomlah kita buat bisness.Sebab daku pun salah seorang suri rumah 😘Kalau korang berminat nak join buat bisness Shaklee meh roger-roger daku k.Akhir kata,salam sayang buat semua.

Iffah
Your Trusted SID(1303891)
TWB Beautician 
Team Jutawan
www.wasap.my/60193620329

Tuesday, October 8, 2019

APA YANG TAK BEST BILA GEMUK




Assalamualaikum,salam isyak sahabat sekalian.Semoga hari ni baik-baik sahaja buat korang semua.Daku hari ni tak larat sangat.Pening dan rasa lemah sangat badan.Nak buat macam mana,mrs alahan datang menyerang hariniπŸ˜‚.

Ok lah,hari ni daku nak share dengan korang pasal topik apa yang tak best bila gemuk.Topik ni menarikkan.Sebab semua orang pun tak nak dan tak suka gemuk.Perkataan gemuk pun kalau boleh tak nak ada dalam kamus hidup kan.Hikhik..ok jom baca seterusnya.

5 Perkara Yang Tak Best Bila Gemuk

1. Bila gemuk,orang akan mudah mengejek kita.Tak kira korang lelaki atau perempuan.Bila sesuatu benda yang melibatkan fizikal seseorang,orang memang mudah mengejek.Kita pun akan mudah menjadi mangsa buli budak-budak yang mengejek tu.Tak best kan hidup bila pergi ke mana-mana ke ejek.Rasa macam nak terperap dalam rumah je😞

2. Bila gemuk jugak,kita akan ada masalah dalam nak cari baju.Biasa baju-baju saiz besar tersangatlah terhad.Nak tak nak kena upah orang untuk jahit.Kalau ada terjual pun,kadang-kadang designnya tak lawa tak pun outdated😌.Nak bergaya melaram lawa sikit pun jadi tak boleh.

3. Mudah kena penyakit.Ni paling ditakuti bila badan gemuk.Sebabnya,penyakit mudah datang sebab sistem imun badan kita dah lemah.Selain tu,badan pun mudah kena lenguh-lenguh,sakit sendi.Nak buat ibadah pun terganggu.Jadi nak tak nak memang kena buat detox untuk sihat kembali 😘

4. Bila gemuk juga,kita akan kurang konfiden.Nak bergaul atau bercampur dengan orang ramai pun jadi malu.Sebab rasa rendah diri,fikir diri tak cantik.Serba-serbi rasa kekurangan dan tak yakin.

5. Dan yang terakhir adalah segala aktiviti harian kita akan jadi terbatas.Kualiti kerja pun akan jadi makin kurang.Sebab bila gemuk,badan dah berat nak buat kerja dengan pantas dan efisyen pun akan jadi cepat penat.Badan tak de stamina dah.Yang ni memang sangat-sangat tak best.Silap hari bulan boleh jadi kemurungan tau.Bahaya!

Jadi kesimpulannya bila badan gemuk memang banyak sangat perkara tak best kan.Ni daku share 5 je.Kalau ikut banyak lagi.So,kalu nak badan kurus,aihat dan cantik kita kenalah jaga pemakanan dari awal k.Jangan bila badan dah terlajak naik baru kita nak insafπŸ˜‚Apa-apa pun korang boleh join program detox.Bukan setakat dapat bantu turunkan berat badan,InsyaAllah kesihatan pun makin terjamin 😘

Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician 
Team Jutawan
www.wasap.my/60193620329

Monday, October 7, 2019

BIG WHY SAYA BUAT BUSINESS SHAKLEE




Assalamualaikum sahabat hebat.Salam ukhuwah,salam kasih sayang buat semua.Alhamdulillah hari ni hari ke 23 #jutawanblogcontest berlangsung.Dan harini tajuk yang daku nak share dengan korang adalah berkenaan dengan my BIG WHY buat business Shaklee.Sebenarnya daku ni jenis susah nak cerita dengan orang part ni.Tapi,takpelah semoga korang yang baca ni dapat doakan daku berjaya dunia dan akhirat kπŸ˜‰.

Daku join Shaklee pada tahun lepas August 2018,melalui pakej TWB bawah founder Master Ainul.Sebelum daku join tu,adalah dua tiga business daku join sebagai dropship.Yang tu masa awal-awal daku berhenti kerja as Production Officer,resign 30 April 2018.Sayang nak resign,tapi apakan daya dah tersurat dan sampai masa untuk ku resign.Atas sebab nak jaga sendiri anak.Sebelum tu mak yang jaga.Kesian dan tak nak susahkan mak,sebab my hero kecik tersangatlah lasak πŸ˜….

Dengan kawan-kawan sekerja

Kenangan sebelum resign


Permulaan daku libatkan diri dalam business online ni daku tak nampak sangat big why yang besar melainkan nak cari duit tambahan.Yelah,sebelum ni daku bekerja,ada gaji tetap bulan.Tetiba berhenti,bila tak de duit sendiri tu rasa lain sangat.Duit yang suami bagi tak sama dengan hasil titik peluh sendiri.Kepuasan dalam nak membeli apa-apa pun tak sama dengan pakai duit sendiri πŸ˜‚.


Lain-lain business yang daku buat tu banyak tak konsisten.Mungkin sebab daku tak feel betul-betul untuk buat business tu sungguh-sungguh.Sampailah August 2018 tu daku join Shaklee.Bila join Shaklee rasa lain sikit semangat yang ada dalam diri tu.Tapi masa tu still tak konsisten lagi.Ada je halangan dan penyakit malas tu.

Sampailah penghujung tahun 2018,baru daku dapat kesedaran yang sebenar-benarnya.Rasa macam baru tersedar dari mimpi waktu tu.Ingat lagi,waktu tu bulan December 2018,bulan yang kami satu family di kejutkan dengan berita yang mak kami di sahkan menghidap kanser Melanoma.Sejenis kanser kulit jenis yang ketiga.Alhamdulillah sekarang mak dah sihat,tapi still ada rawatan di hospital.


Sebahagian dari family ku

Masa tu terfikir,betapa pentingnya jaga kesihatan kan.Tapi nak harapkan dengan makan makanan berkhasiat memang susah dengan keadaan zaman sekarang.Sebab tu daku terfikir masa tu,daku dah dalam business Shaklee.Kenapa tak manfaatkan apa yang ada sekarang?Kenapa daku tak ajar diri dan family untuk ambil supplement ni untuk bantu topup nutrisi yang badan perlukan?Banyak sangat benda terfikir saat ni.

Sebab daku takut sangat kehilangan orang yang tersayang.Bukanlah nak kata makan Shaklee ni kita tak kan menghadap kematian.Maksudku,sekurang-kurangnya kita boleh jaga dan elakkan diri sendiri dan family dari penyakit-penyakit kronik.Ni lah BIG WHY daku.Daku tak sanggup untuk kehilangan orang yang daku sayang dan daku nak orang yang daku sayang ni semua hidup bahagia,tenang,sihat,happy dan tak hidup susah.Walau macam mana sekali pun,daku akan sentiasa ada dan sentiasa dapat tolong mereka dalam apa jua keadaan.

Dari awal tahun baru ni memang daku banyak berulang bawak mak ke hospital.Jadi banyak kekangan waktu untuk daku buat sharing.Tapi sekarang dengan azam dan semangat baru daku nak mulakan langkah baru.Daku nak buat sharing dengan lebih banyak lagi.Nak sebarkan lagi kebaikan dan manfaat yang patut korang boleh rasai dalam business Shaklee ni.Bukan setakat untuk buat duit je,tapi korang boleh jaga tahap kesihatan diri dan keluarga jugak.Team-team Shaklee yang lain pun banyak membantu.Sebab bila korang join Shaklee,korang akan dapat masuk support group yang bukan setakat bantu korang dalam business tapi bantu korang dari segi kerohanian juga.Sebab tu daku feel in love sangat dengan business ni sekarang.

Mohon doa dari korang semua untuk daku terus berjaya  capai impian ku dan dapat bantu lebih ramai orang😘.Impian ku besar nak berjaya dalam business Shaklee ni untuk daku beri yang terbaik untuk family ku.Mohon doa dari korang k.

Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician 
Team Jutawan
www.wasap.my/60193610329

Sunday, October 6, 2019

MALAYSIA NEGARA PALING GEMUK DI ASIA




Assalamualaikum,salam sejahtera buat semua sahabat.Hari ni daku nak share satu fakta yang pahit untuk kita telan,tapi tulah kenyataan yang perlu kita hadapi.Malaysia negara gemuk di Asia.Masalah kegemukan atau obesiti merupakan satu masalah yang meruncing di mana-mana negara.Sesiapa saja memang gerun bila di gelar gemuk atau obesiti.Tapi,tulah yang melanda negara kita saat ni.Setiap tahun,kadar kegemukan makin meningkat.Rasanya sah pelbagai usaha dan kempen kesedaran di buat,tapi masalah ni masih lagi tak dapat di bendung.

Banyak sangat kesan negatif masalah kegemukan ni.Bukan sahaja memberi kesan pada kewangan individu,masalah ini yang sering kali di katakan sebagai satu wabak yang merupakan salah satu masalah kepada negara.Jika tidak dikawal,masalah kegemukan rakyat akan memberikan banyak kesan lain pada kualiti sesebuah  masyarakat.Sebab utama,aktiviti harian,kualiti kerja,produktiviti akan menjadi slow ekoran masalah ni.Semua aktiviti terbatas!

Malaysia terkenal sebagai syurga makanan

Pengambilan fast food,minuman manis penyumbang pada kegemukkan


Kalau mengikut statistik Malaysia jauh meninggalkan negara-negara lain.Malaysia mungkin patut berbangga dikenali sebgai syurga makanan.Namun masalah obesiti bukan sesuatu yang patut di banggakan.Yang menjadi masalah utama,majoriti rakyat Malaysia tidak memandang isu ini sebagai satu isu kesihatan.Kita lebih gemar memandang perkara ini dari segi faktor luaran yang melibatkan rupa bentuk tubuh.Maksudnya,orang Malaysia lebih malu bila mereka gemuk dan tidak mempedulikan tahap kesihatan mereka yang menurun bila mereka gemuk.


Kadar kegemukkan di Malaysia


Artikal di atas antara bukti negara kita adalah negara no 1 paling gemuk.Yang paling mengerunkan, Malaysia mempunyai kadar diabetes tertinggi di Asia (sumber bernama 25 Julai 2018)

Cuba lihat diri sendiri atau orang sekeliling adakah kita menyumbang kepada statistik tersebut. Sebenarnya kita boleh ubah diri dan orang sekeliling untuk mengurangkan statistik tersebut.

Tengok gambar ni. Statistik paling gemuk tu orang-orang dari negara Malaysia. Negara kedua gemuk Thailand, dan ketiga gemuk ialah Singapore. Berbanggakah kita apabila kita adalah salah seorang yang menyumbang kepada statistik ni? 

Obesiti dan kegemukkan bukan sesuatu yang boleh di banggakan 


Benda lain boleh bangga, tapi yang ini, perlu kita atasi bersama.Salah satu cara untuk atasi kegemukan dan penyakit ini adalah dengan detox.Salah satu program detox yang terbaik dan korang boleh join adalah Jom detox Jutawan.Pelbagai proven result dah tercapai melalui program detox ni.Korang boleh tengok info lanjut di 




Kejayaan yang di capai dalam Jom Detox Jutawan

Program Jom Detox Jutawan adalah berbeza dengan kebanyakkan program DETOX yang lain.Ianya hanya tertumpu pada detoksifikasi organ tertentu seperti usus sahaja - ia tidak menyeluruh.

Tapi badan kita memerlukan program Detox secara menyeluruh untuk memastikan detoksifikasi dilakukan secara berkesan dan kesihatan optimum dapat dicapai!

Team Jom Detox Jutawan bekerjasama untuk memastikan detox secara holistik ke atas system detox tubuh. So menu kita adalah dari Nutritionist dan di endorsed oleh Doktor. Bukan sembarangan menu.

Contoh detox program diluar sana : hanya tertumpu pada usus sahaja, padahal organ utama detox kita ada 5!Jadi ianya memang berbeza dari yang lain.

Kalau korang berminat nak tahu lebih lagi,atau nak join program Jom Detox Jutawan ni boleh je contact daku k.InsyaAllah daku tolong mana yang mampu 😘

Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician 
Team Jutawan
www.wasap.my/60193620329

Saturday, October 5, 2019

KESIHATAN SAYA LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE





Sihat,rasanya tanya semua orang pun memang nak sihat.Tapi ada tak usaha kita ke arah nak hidup sihat tu.Tanya balik diri sendiri apa yang kita dah buat pada kesihatan diri,dan apa yang kita bagi pada badan kita.

Daku pun macam tu juga.Memang nak sihat dan cergas je selalu.Nak kata hari-hari daku bersenam,tak pun.Tapi buat kerja rumah rasa macam dah lebih dari bersenam πŸ˜‚Yelah,dengan menyapu,mop lantai,masak,basuh baju.Semua tu bantu bakar kalori juga.Tapi tu saja tak cukup.Kalu dulu sebelum kenal Shaklee daku setakat jaga makan sikit-sikit dan riadah adalah sekali dua πŸ˜‚.

Tapi sejak setahun yang lalu,lepas kenal Shaklee everything is change.Giteww😍.Apa yang berubahnya.Sudah tentu-tentulah tahap kesihatan daku.Sebabnya,lepas bersalin anak yang sulung,daku mengalami sakit belakang(area pinggang) dan lutut yang amat.Sakit lutut tu betul-betul rasa lepas habis pantang.Tak tau silap kat mana.Mungkin salah pantang atau kesan cucuk masa nak bersalin tak tahulah.Tapi ianya tak berlarutan macam sakit pinggang tu,yang datang tak menentu.Ni memang daku yakin kesan cucuk bersalin sebab daku czer time tu.

Hurmm,lama jugak daku tanggung rasa sakit tu.Dia actually bukan sakit apa,tapi lenguh yakmat sampai tahap nak karate orang je.Tapi sejak jadi ahli Shaklee dan kenal Ostematrix alhamdulillah rasa lenguh tu hilang terus.Tambah-tambah bahagian lutut.Pinggang pun sama,cuma sekali sekala je rasa.Memang amazing sangat-sangat.Hilang tu macam daku tak pernah kena langsung rasa sakit lenguh tu.

Alhamdulillah,dah setahun daku amalkan makan Ostematrix dan beberapa supplement yang lain.Memang badan rasa cergas dan sihat ja.Sekarang pun daku still lagi makan,tambah-tambah set kehamilan.

Memang badan rasa lain sangat sebelum makan semua supplement ni.Bukan nak puji apa,tapi tu lah #shakleeeffect yang daku rasa.Siapa yang pernah rasa je tahu perasaan lega tu macam mana.Kalau korang nak rasa juga,sangat dialu-alukan.Wasap je daku k😘.

Akhir kalam,jom kita jaga kesihatan demi masa depan yang sentiasa sihat dan cergas.Tambahan pula,jaga kesihatan juga salah satu amanah untuk kita jaga.


Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician 
Team Jutawan
www.wasap.my/60193620329

Friday, October 4, 2019

KENAPA SEMUA ORANG PERLU DETOX



Detox,tujuan asal untuk bersihkan badan dari segala toksin-toksin,lemak dan lendir -lendir yang dah terkumpul dalam badan.Ianya mengganggu sistem badan untuk berfungsi dengan betul.Bila detox kita dapat membersihkan usus,penghadaman pun berjalan lancar dan dapat menyerap segala nutrien dengan baik.Ia juga akan memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.


Usus yang penuh dengan mendapan kotoran


Boleh bayang tak bagaimana keadaan usus kita.Tambah-tambah yang tak pernah buat detox


Sebenarnya tubuh kita ibarat sebuah mesin yang perlu di servis sekali sekala supaya prestasinya kekal unggul dan berfungsi dengan baik. 

Bila terlalu banyak toksin, usus kita akan kotor dan bermasalah. Bila dah bermasalah, mulalah pelbagai penyakit akan terjadi seperti kanser contohnya. Ia terjadi dari usus yang kotor dan tidak sihat.

Fikir-fikirkan  


Selain itu,kita sendiri boleh alert dengan tubuh badan kita sendiri.Bila ada berlaku perubahan pada badan atau terjadi tanda-tanda seperti di bawah bermakna kita perlu buat detox.

1) Berat badan bertambah – metabolisma badan terganggu, hormon terganggu
2) Sembelit
3) Kulit Kusam
4) Sakit kepala / migrain
5) Cepat letih, cepat lemau, stress, rasa lembab
6) Cepat marah, rasa nak mengamuk aje.
7) Keinginan makan banyak, craving sugary foods (sel lapar aje, tak cukup nutrient).
8) Susah nak fokus dalam masa lama
9) Penyerapan nutrisi yang kurang – MAKAN SUPPLEMENT Tapi TIDAK BERKESAN 
10) Senang dijangkati penyakit – flu, demam
11) Susah tidur waktu malam
12) Sering mengalami kembung perut, perut tidak selesa dalam keadaan biasa atau selepas makan
13)Sering ada lingkaran hitam bawah mata
14) Badan berbau jika tidak menggunakan deadorant atau pewangi
15) Merokok atau sering bersama dengan orang yang merokok
16) Mulut / Nafas Berbau
17) Menghadapi masalah ALERGIK
18) Tiada senaman sekurang kurangnya 3 kali seminggu
19) Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 cawan sehari
20) Mengalami Eczma, jerawat atau Psoriasis
21) Minum minuman beralkohol (bagi non muslim)

Haaa banyak kan tanda-tandanya.Jadi lebih baik kita alert dengan perubahan yang berlaku pada badan kita sebelum penyakit merbahaya datang menjengah.

KENAPA PULA SEMUA ORANG KENA DETOX?

Ok sekarang korang dah tahu tanda-tanda orang yang perlu buat detox kan.Tapi kenapa pula kita kena buat detox?Apa yang akan kita dapat hasil dari detox ni?Apa kebaikannya?Mesti korang tertanya-tanyakan.Meh sini daku share.


🍎 Sudah semestinya untuk buang Toksin daripada badan.

🍎 Untuk membantu mencegah penyakit kronik.

🍎 Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan,sebab badan dah bebas dari toksin.

🍎 Sudah semestinya untuk mengurangkan berat badan.Korang semua mesti nak berat badan ideal kan 😘.

🍎 Untuk memperlahankan proses tua sebelum waktunya.Yang ni memang semua orang nak.So,lepas ni kalu ada yang tegur korang nampak tua dari  usia,cepat-cepatlah buat detox k πŸ˜‰

🍎 Meningkatkan kualiti kehidupan,sebab badan dah sihat dan cergas.

🍎 Meningkatkan tenaga,so tak de lah lagi masalah lemau,letih dan lain-lain tu.

🍎 Kualiti kulit semakin cantik,jadi awet muda gitew 😍.

🍎 Ketenangan mental dan emosi.Memang detox membantu sangat dalam stabilkan emosi.

🍎 Mengembalikan kestabilan kepada sistem badan.


Dengan detox kita sebenarnya dapat meningkatkan tahap kesihatan secara signifikan.Bestkan.Banyak yang kita dapat bila buat detox.So,korang yang berminat nak join Jom Detox Jutawan ni sangat-sangat dialu-alukan.Contact je daku bila-bila k😘.



Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician 
Team Jutawan
www.wasap.my/60193620329

Thursday, October 3, 2019

NAK BUAT SIDE INCOME RM 2000 SEBULAN




Assalamualaikum!

Kebanyakkan orang zaman sekarang memang buat dua,tiga kerja dalam satu masa.Punya nak cari duit lebih untuk tampung kehidupan.Tambah-tambah yang dah berkeluarga dan duduk di bandar-bandar.Al maklumlah kos sara hidup zaman sekarang memang buat para-para suami atau ketua keluarga termenung😞.

Daku ada pengalaman melihat kawan-kawan yang mana suami isteri bekerja keras untuk tampung perbelanjaan keluarga.Daku pun bukan dari keluarga senang.Dulu daku bekerja jugak untuk bantu ringankan beban suami.Tapi sejak anak dah umur setahun,daku buat keputusan untuk resign.Memang sayang,tapi tawakal sungguh-sungguh demi anak.Sebab tu daku buat bisness online,Shaklee ni.Dengan harapan dapatlah membantu mana yang patut.

Side income sekarang ni boleh dikatakan bukan lagi satu pilihan. Tapi boleh dikatakan sesuatu yang wajib dan memang kena buat untuk tampung perbelanjaan kos setiap hari.Nak mengharap pada gaji memang kebanyakkan isi rumah tiada simpanan. Sebab gaji yang dapat setiap bulan mungkin cukup-cukup makan je,malah ada yang negatif 😞. Bayangkanlah dengan hutang belajar, hutang kereta, rumah, personal loan. Semua tu memang wajib di bayar setiap bulan bila dah terikat.

Macam mana kita nak menyimpan? Simpanan ni penting bukan saja untuk hari tua kita kelak, tapi juga untuk anak-anak, kecemasan dan lain-lain. Takkan kalau ada kecemasan, nak buat pinjaman lagikan? Maka, bertambahlah hutang.Jadi macam mana nak selesaikan masalah ni??? Jom! Daku nak ajak korang untuk sama-sama buat duit dan jana pendapatan sampingan minimum RM2000 sebulan. Amacam,berminat x?

Cara yang daku nak ajar korang ni sudah tentulah dengan business Shaklee.Melalui business lain pun boleh,tapi korang kena pandai pilih dan cari.Shaklee mudah sebab korang boleh tengok di KELEBIHAN BISNESS SHAKLEE dan jugak di MUDAHNYA BUAT BISNESS DI HUJUNG JARI .

Dalam Shaklee daku berada di bawah Master Athirah,group SOUL dan group besar Team Jutawan bawah Master Laila.Dalan team kami,memang tersedia pelbagai projek yang boleh kami SID mula mengorak langkah untuk tebalkan lagi poket yang tersedia 😍

Projek yang ada adalah:

a) Projek Mobile Spa,The Walking Beauty (TWB,bawah bimbingan Master Ainul).
b) Projek Jom Detox Jutawan (bawah bimbingan Master Laila).

Malam ni daku nak share pasal projek The Walking Beauty.The Walking Beauty adalah projek spa bergerak yang menggunakan produk-produk Shaklee.Bila korang daftarkan diri untuk menjadi ahli TWB,secara automatik korang adalah ahli Shaklee yang sah.Melalui projek ni jugak korang boleh jana pendapatan dari 6 sudut yang berbeza.Best ke best sangat?😍Malam ni aku nak share pasal salah satu  daripada 6 income ni.Ia adalah income dari hasil kerja spa yang korang sendiri lakukan.

Siapa yang patut join??


Home spa geng TWB


Apa yang best dalam projek mobile spa ni adalah korang boleh buat servis apa kat mana-mana sahaja.Yang penting dah dapat persetujuan  dengan cuatomer korang.Dari sinilah korang boleh terus dapat instant cash.Tak delah nak menunggu duit gaji di hujung bulan kan.Tu pun kalu korang kerja.Kalu geng-geng suri rumah???Masa ni lah korang boleh buat side income giler-giler punya😍.

Tu belum kira lagi income pasif yang korang boleh dapat dari bonus Shaklee.Mana lah tahu kot-kot time korang duk facialkan customer tu diorangteringin nak order vitamin dari korang. Haa,masa ni bolehlah korang suggest mana yang terbaik ikut apa masalah yang diorang hadapi.


Hasil duit spa boleh melancong ke luar negara

Kat mana-mana pun boleh buat spa 😘

Geng TWB beraksi


Dalam team alumni TWB ramai dah berjaya buat side income yang tinggi dengan Mobile Spa ni.Baru berapa hari ada yang dapat dari 3 angka hinga 4 angka.Menarik kan.Kalu korang boleh invite sape-sape yang berminat untuk join jadi ahli TWB pun korang bakal dapat bonus besar dari Shaklee jugak,untung-untung korang boleh rank up time tu 😘.

Sini ada beberapa testimoni ahli TWB yang dah berjaya buat income kepuk-kepuk dengan projek mobile spa ni.Jom kita tengok k πŸ˜‰







Amacam korang best tak??Kalu korang berminat nak jadi sebahagian dari kami boleh je contact daku k.Ni baru pasal projek TWB,belum lagi projek Jom Detox.Nanti ada kelapangan waktu daku share dengan korang bagaimana nak buat side income rm 2000 dengan Jom Detox Jutawan plak.Stay tuned gaisπŸ’ž.

Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician
Team Jutawan
www.wasap.my/60193620329

SHAKLEE AS YOUR BUSINESS Pernah tak korang terfikir  nak jadi high class dengan apa yang korang buat?Jujur cakaplah kan,sape j...