Tuesday, October 8, 2019

APA YANG TAK BEST BILA GEMUK




Assalamualaikum,salam isyak sahabat sekalian.Semoga hari ni baik-baik sahaja buat korang semua.Daku hari ni tak larat sangat.Pening dan rasa lemah sangat badan.Nak buat macam mana,mrs alahan datang menyerang harini๐Ÿ˜‚.

Ok lah,hari ni daku nak share dengan korang pasal topik apa yang tak best bila gemuk.Topik ni menarikkan.Sebab semua orang pun tak nak dan tak suka gemuk.Perkataan gemuk pun kalau boleh tak nak ada dalam kamus hidup kan.Hikhik..ok jom baca seterusnya.

5 Perkara Yang Tak Best Bila Gemuk

1. Bila gemuk,orang akan mudah mengejek kita.Tak kira korang lelaki atau perempuan.Bila sesuatu benda yang melibatkan fizikal seseorang,orang memang mudah mengejek.Kita pun akan mudah menjadi mangsa buli budak-budak yang mengejek tu.Tak best kan hidup bila pergi ke mana-mana ke ejek.Rasa macam nak terperap dalam rumah je๐Ÿ˜ž

2. Bila gemuk jugak,kita akan ada masalah dalam nak cari baju.Biasa baju-baju saiz besar tersangatlah terhad.Nak tak nak kena upah orang untuk jahit.Kalau ada terjual pun,kadang-kadang designnya tak lawa tak pun outdated๐Ÿ˜Œ.Nak bergaya melaram lawa sikit pun jadi tak boleh.

3. Mudah kena penyakit.Ni paling ditakuti bila badan gemuk.Sebabnya,penyakit mudah datang sebab sistem imun badan kita dah lemah.Selain tu,badan pun mudah kena lenguh-lenguh,sakit sendi.Nak buat ibadah pun terganggu.Jadi nak tak nak memang kena buat detox untuk sihat kembali ๐Ÿ˜˜

4. Bila gemuk juga,kita akan kurang konfiden.Nak bergaul atau bercampur dengan orang ramai pun jadi malu.Sebab rasa rendah diri,fikir diri tak cantik.Serba-serbi rasa kekurangan dan tak yakin.

5. Dan yang terakhir adalah segala aktiviti harian kita akan jadi terbatas.Kualiti kerja pun akan jadi makin kurang.Sebab bila gemuk,badan dah berat nak buat kerja dengan pantas dan efisyen pun akan jadi cepat penat.Badan tak de stamina dah.Yang ni memang sangat-sangat tak best.Silap hari bulan boleh jadi kemurungan tau.Bahaya!

Jadi kesimpulannya bila badan gemuk memang banyak sangat perkara tak best kan.Ni daku share 5 je.Kalau ikut banyak lagi.So,kalu nak badan kurus,aihat dan cantik kita kenalah jaga pemakanan dari awal k.Jangan bila badan dah terlajak naik baru kita nak insaf๐Ÿ˜‚Apa-apa pun korang boleh join program detox.Bukan setakat dapat bantu turunkan berat badan,InsyaAllah kesihatan pun makin terjamin ๐Ÿ˜˜

Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician 
Team Jutawan
www.wasap.my/60193620329

No comments:

Post a Comment

SHAKLEE AS YOUR BUSINESS Pernah tak korang terfikir  nak jadi high class dengan apa yang korang buat?Jujur cakaplah kan,sape j...