Saturday, October 12, 2019

5 ORGAN DETOX DAN FUNGSI

Assalamualaikum,selamat malam semua!


Korang,harini daku nak share pasal organ-organ detox dan fungsinya.Tapi sebelum tu,meh nak bagitau dulu apa itu detox.Detox adalah satu proses pembuangan toksin daripada badan melalui organ-organ detox badan.Badan kita mempunyai 5 organ detox dan mempunyai fungsi yang berlainan.

Organ detoks manusia terdiri dari:

1) Paru-paru
2) Sistem penghadaman
3) Kulit
4) Hati
5) Buah pinggang



Apa itu toksin?
Toksin adalah bahan buangan atau racun bahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Mustahil untuk kita elakkan toksin dari badan kerana toksin berada di mana-mana.

Badan sebelum detox



Badan selepas detox



Detox dapat mengeluarkan toksin dari badan dan ia akan menjadikan badan ringan. Selain itu kita juga dapat manfaat kesihatan yang lain hasil dari pembuangan toksin dari badan kita.

Dengan detox, kita akan mengembalikan semula kestabilan kepada sistem badan dan ini akan membolehkan sistem badan berfungsi dengan sempurna.

Jom kita tengok fungsi setiap organ detox

1.Paru-paru

πŸ“Œ Setiap hari paru-paru kita terdedah dengan pencemaran yang bahaya dan mempunyai risiko kemasukkan mikrob ke dalam peparu ketika bernafas.

Paru-paru berfungsi dalam proses pernafasan dimana oksigen akan masuk ke dalam peparu dan ia akan membebaskan karbon dioksida dan gas serta bahan kimia lain yang tidak diperlukan.

2.Sistem penghadaman

πŸ“ŒOrgan dalam sistem penghadaman adalah usus kecil dan besar.Ia terlibat dalam proses penghadaman dan penyerapan.

Penghadaman adalah satu proses penghancuran dan pengisaran makanan secara fizikal kemudianya diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan molekul makanan.

Setiap hari pelbagai jenis makanan yang masuk ke dalam badan kita.Antaranya ialah pengawet,pewarna,lemak trans gula dan lain-lain.

Setiap makanan ini akan di hadam apabila masuk ke dalam badan.Bahan yang dikisar dan bermanfaat akan diserap ke dalam tubuh badan.

Bahan yang tidak dapat dimanfaatkan atau dipecahkan akan di buang melalui proses seterusnya iaitu proses penyingiran.Semakin baik pencernaan seseorang individu itu,semakin banyak nutrien yang dapat diserap dari makanan yang dimakan.

3.Kulit

πŸ“Œ Kulit merupakan organ pertama yang terdedah kepada pencemaran.Terutama sekali pencemaran.yang melibatkan persekitaran dan bahan kimia.

Selain menjadi pelindung kepada organ dalam badan,kulit juga merupakan organ terbesar yang membuat proses detox dengan mengeluarkan peluh dan toksin.Kulit juga memberikan signal kepada kesihatan tubuh badan

4.Hati

πŸ“Œ Hati adalah organ utama yang membuat proses detosifikasi pada badan.Ia akan melakukan proses bagi generasi sel yang baru.Ia juga berfungsi untuk menapis darah,detox bahan kimia dan penghasilan cecair hempedu.Hati juga mempunyai fungsi berat iaitu menapis bahan kimia yang masuki badan setiap hari.

5.Buah Pinggang

πŸ“Œ Buah pinggang adalah organ penting untuk kesihatan tubuh badan.Kegagalan fungsi organ ini menyebabkan keperluan untuk melakukan dialisis adalah semakin tinggi.Ia berfungsi mengawal cecair dalam badan dengan menapis darah dan  bahan buangan lain dan juga bertanggungjawab dalam penghasilan hormon.

Sangat rugi kalau kita hanya detox pada satu bahagian sahaja, sedangkan ada 5 organ kita yang perlu di 'Detox' kan?Jadi korang kalau rasa nak detox m3h contact daku cepat-cepat k 😘

Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician
Team Jutawan
www.wasap.my/60193620329

No comments:

Post a Comment

SHAKLEE AS YOUR BUSINESS Pernah tak korang terfikir  nak jadi high class dengan apa yang korang buat?Jujur cakaplah kan,sape j...