Sunday, September 22, 2019

KENAPA ANDA PERLU DETOX JIKA NAK KURUS


Mak siti ke pekan mencari keladi,
Keladi di beli di kedai abex,
Badan sihat cergas sekali,
Mudahnya kurus dengan jom detox.

Kenapa kita perlu detox???

Assalamualaikum dan hai korang.Hari ni niat nak siapkan awal entry day 8 #jutawanblogcontest . Cukuplah sejarah semalam terdelete post yang dah siap,tak sanggup lagi rasa nak hadap.Harap ianya tak berlaku lagi.Mimpi ngeri sungguh 😥

Apa-apa pun thanks buat Master Laila sebab anjurkan contest ni.Automatik daku jadi rasa wajib siapkan 1 entry per day.Bukan sebab contest dah,tapi sebab rase seronok plak tengok blog sendiri update.Hari-hari ada je benda nak share...hehehe

Oklah korang,harini daku nak share topik KENAPA ANDA PERLU DETOX JIKA NAK KURUS. Agak-agak korang sebab apa?Kalau nak tahu details jom teruskan lagi pembacaan k😘. Tapi sebelum tu korang boleh singgah di sini kejap BAGAIMANA NAK JOIN PROGRAM JOM DETOX JUTAWAN
dan jugak di sini SUCCESS STORY JOM DETOX JUTAWAN untuk korang lebih faham dan tahu pasal Jom Detoks Jutawan ni.

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU DETOX JIKA NAK KURUS


1) Sebab pertama kita kena detox dulu untuk kurus adalah untuk buang segala toksik dalam badan.Sebab detox ni adalah proses untuk bersihkan badan.Bila toksik berjaya keluar dari badan,mudahlah proses untuk kita kurus dan sihat.

Tanda badan yang bertoksid


2) Sebab yang kedua adalah untuk nak perbetulkan balik sistem penghadaman kita.Sebab proses detox ni membantu proses penghadaman usus berjalan dengan lancar.Segala lemak-lemak,lendir-lendir yang melekat di dinding usus dapat dibuang dengan mudah melalui pembuangan air besar.Bila badan bersih,badan kita lebih mudah nak serap nutrien dengan baik.Jadi badan sihat dan cergas selalu.Selagi kita ada masalah penghadaman memang susah untuk kita kurus.Sebab tu penting untuk kita betulkan balik sistem penghadaman kita.


Usus kotor yang menganggu sistem tubuh


3) Selain itu,ia juga dapat membantu mengurangkan keinginan makan terlalu banyak,terutama sekali makanan manis.Sebab bila detoks,kita akan makan ikot meal plan yang betul. Jadi perasaan craving atau rasa nak makan banyak atau makan manis tu akan menjadi kurang.Ini jugak kerana pola pemakanan waktu detoks sangat mengikut keperluan dan kehendak sistem tubuh kita.Selain tu,supplement yang kita makan tu jugak membantu proses detox kita ni berjalan dengan lancar.Sebab organ detox bukan setakat usus,tapi melibatkan hati,ginjal dan lain-lain.

Masalah craving makanan manis dapat di atasi dengan detoks

Makanan yang boleh diganti untuk elakkan pengambilan makanan manis


4) Proses detox juga membantu kita dapat ketenangan mental dan emosi.Bila mental dan emosi kita stabil,proses untuk kita kurus jadi semakin mudah.Jangan korang tak tahu,stress boleh menjadi punca pada kegemukkan untuk sesetengah orang.

5) Detox juga membantu meningkatkan kestabilan sistem tubuh.Bila sistem tubuh berfungsi dengan baik dan mengikut aturan yang betul tubuh kita akan sentiasa cergas dan cerdas.Tiada lagi masalah lemau dan malas-malas.Kestabilan sistem tubuh yang baik membantu korang untuk kurus dengan mudah😘 


Oklah sahabat semua.Setakat tu je untuk hari ni.Semoga entry ni memberi manfaat untuk korang dan daku juga 😉. Jumpa lagi untuk next entry.

Iffah 
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician
Team Jutawan
0193620329
www.wasap.my/60193620329






5 comments:

SHAKLEE AS YOUR BUSINESS Pernah tak korang terfikir  nak jadi high class dengan apa yang korang buat?Jujur cakaplah kan,sape j...