Wednesday, September 25, 2019

MENTOR BUSINESS SAYA

Assalamualaikum sahabat,salam sejahtera semua. Hari ni lambat sikit bersiaran. Siang tadi memang lembik sungguh.Petang plak daku ke klinik cek baby.Alhamdulillah baby membesar dengan sihat. Ni daku baru ondway balik ke rumah.Sebab lepas klinik tadi terus ke rumah ziarah pak sedara ku yang tak sihat. Kakinya luka terkena wap panas.Dia sendiri pun ada kencing manis.Semoga pakcik ku cepat sembuh.

Topik hari ni nak share pasal Mentor business ku. Dalam dunia Shaklee yang aku ceburi sekarang.Ada 2 orang mentor yang dekat dengan ku dan pernah ku coaching dengan beliau.Memang aku kagum sangat dengan 2 orang mentor ni dan harap one day daku pun boleh berjaya macam diorang.Mentor ku adalah Puan Ainul Shahrazad dan Puan Athirah.

MENTOR BUSINESSKU YANG PERTAMA: PUAN AINUL SHAHRAZAD

Mentorku yang pertama adalah,Puan Ainul Shahrazad.Beliau adalah founder project The Walking Beauty. Sebelum in BELIAU adalah seorang ENGINEER.6 tahun ber career sebagai seorang Engineer, dan selepas itu dia resign dan 100% buat bisness sepenuh masa dari rumah.Umur dia sekarang 36 tahun, berasal dari Melaka, kini menetap di Bangi dah berkahwin dan mempunyai 4 org anak.

                           
                Ketika bergelar Engineer


Sekarang a proud Working at Home Mom

Actually sebelum dia ni buat TWB, dia buat Shaklee 100% secara online dari rumah.Sebelum dia setup Projek spa TWB, dia dah capai pun income yang sangat besar dari Shaklee.Kiranya kalau korang fikir logikkan,buat apalah dia nak susah susah pening kepala cipta projek ni?Dia spend beribu tau utk pergi banyak kelas spa - demi mencipta TWB

Dengan tak tido malam,duk cipta modul terhebat ni.Dia pun dah lalui macam-macam ujian and dugaan demi wujudkan projek spa ni.Beribu duit dia habis untuk semua kelas-kelas spa termasuk ilmu marketing dan lain-lain.

Master Ainul dengan kereta mewahnya,hasil dari income Shaklee

Kalu korang fikir balik,untuk apa?and Kenapa dia beria buat? Kan bagus relaks je income dah besar? Fokus je buat biz shaklee.Dia buat,sebab dia fikirkan betapa RAMAI orang susah kat luar sana😒

Sharing dari adik dia sendiri,Master Athirah Tieramissyou--"saya kenal dia macam mana,dia ni dari dia kecik dia tak boleh tengok orang susah.Dia akan bantu orang tu sampai org tu berjaya!Even bab belajar.Contoh adik-adik dia nak pmr, spm. Dia jenis sanggup tak tido malam asalkan dia boleh buat adik dia pandai".

Idea dia buat TWB ini muncul bila anak didik dia dalam shaklee perlukan cash.Shaklee bagus,bukan tak bagus.Tapi mungkin bagi yang beginner amik masa sikit,pulak tu bonus shaklee masuk pertengahan bulan.Jadi sementara nak tunggu dapat bonus tu dan sementara nak stabilkan biz shaklee.Ramai yang sangat sangat perlukan duit CEPAT.

Jadi nak tak nak orang perlukan CASH.Bila tengok ramai anak didik dia ada masalah macam ni,maka lahirnya idea utk memulakan Projek Spa.Projek spa yg menggunakan barang-barang Shaklee.Sharing dari adik dia jugak,Master Athirah Tieramissyou,"idea ni Allah ilhamkan dia melalui tahajud.Saya naik bulu roma masa awal-awal dia share dengan saya.Masa solat dia tibe2 terfikir".
(Dapat ilham)

Utk non muslim - tahajud ini sembahyang di tengah malam bagi muslim ya.Memang sangat-sangat besar ganjaran and pahala solat ni.Jomlah korang,kita latih diri kita untuk bangun tahajud😘

Korang,dia patutnya dah boleh selesa dah dengan kehidupan dia and dengan biz shaklee yang dah stabil.Tapi bila dia dapat tahu ada orang yang baru nak bertatih dalam biz.. takde duit even nk beli beras,dia kata dia kena cari jalan supaya ada satu cara orang boleh dpt duit CEPAT.Itulah, projek spa yang dia nampak.

Founder The Walking Beauty

Spa TWB ni memang guna produk shaklee ya korang.Kenapa Spa Shaklee??Sebab,dia dah capai income yang sangat besar melalui Shaklee.Jadi dia rasa sangat rugi kalau tak buat Spa dengan menggunakan produk Shaklee.Dari dia buat Spa dengan ambik produk macam-macam and bercampur,lebih baik dia FOCUS.Betul tak?Jadi,sambil-sambil tu korang boleh dapat income dari bonus Shaklee jugak.Kan,spa TWB boleh dapat income dari 6 penjuru 😍

Daku memang tabik dengan semangat Puan Ainul untuk berjaya dan bantu orang ramai.Hopefully dapat jadi macam dia nanti.

MENTOR BUSINESSKU YANG KEDUA:PUAN ATHIRAH


Mentor businessku yang kedua adalah Puan Athirah atau lebih di kenali sebagai Tieramissyou.Beliau ni sebenarnya adik-beradik dengan Puan Ainul Shahrazad.Memang daku sangat kagum dengan Tiera ni.Sebab dia berjaya naik Master di usia yang muda 29 tahun.Dia antara Master paling muda dalam kalangan Master bawah Team Jutawan.

Master Athirah

Beliau dah berkahwin dan mempunyak seorang anak perempuan yang comel,Aleesya.Usia lebih kurang anak ku je,2 tahun lebih.

Master Athirah dengan anak comelnya,Aleesya


Daku dah pernah coaching face to face dengan Master Tiera ni masa mula-mula join Shaklee tahun lepas.Best sangat coaching dengan beliau.Sebab Tiera suka bercerita dan dia sangat happy go lucky 😘

Master Tiera ni sebenarnya dah mulakan business Shaklee dari zaman belajar lagi.Dari lepasan undang-undang,dia terus serius buat business Shaklee.Sebab dia nampak peluang besar yang Shaklee sediakan.Best sangat jadi macam Master Tiera,sebab selalu bersemangat dan happy go lucky je.




Ni antara dua orang mentor yang sangat daku kagum.Ada lagi beberapa orang,tapi daku baru nak berkenalan dengan yang lain.Sebab baru lagi dalam business ni.next time daku share kisah mereka yang lain plak.Akhir kata,salam kasih sayang uolls.Gus nyte 😘

Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician
Team Jutawan
0193610329
www.wasap.my/60193620329



1 comment:

  1. Terbaik mentor, anak buah pun mesti terbaik jugak. Semoga terus berjaya sahabatvalam maya

    ReplyDelete

SHAKLEE AS YOUR BUSINESS Pernah tak korang terfikir  nak jadi high class dengan apa yang korang buat?Jujur cakaplah kan,sape j...