Assalamualaikum sahabat hebat.Salam ukhuwah,salam kasih sayang buat semua.Alhamdulillah hari ni hari ke 23 #jutawanblogcontest berlangsung.Dan harini tajuk yang daku nak share dengan korang adalah berkenaan dengan my BIG WHY buat business Shaklee.Sebenarnya daku ni jenis susah nak cerita dengan orang part ni.Tapi,takpelah semoga korang yang baca ni dapat doakan daku berjaya dunia dan akhirat kπ.
Daku join Shaklee pada tahun lepas August 2018,melalui pakej TWB bawah founder Master Ainul.Sebelum daku join tu,adalah dua tiga business daku join sebagai dropship.Yang tu masa awal-awal daku berhenti kerja as Production Officer,resign 30 April 2018.Sayang nak resign,tapi apakan daya dah tersurat dan sampai masa untuk ku resign.Atas sebab nak jaga sendiri anak.Sebelum tu mak yang jaga.Kesian dan tak nak susahkan mak,sebab my hero kecik tersangatlah lasak π
.
Dengan kawan-kawan sekerja
Kenangan sebelum resign
Permulaan daku libatkan diri dalam business online ni daku tak nampak sangat big why yang besar melainkan nak cari duit tambahan.Yelah,sebelum ni daku bekerja,ada gaji tetap bulan.Tetiba berhenti,bila tak de duit sendiri tu rasa lain sangat.Duit yang suami bagi tak sama dengan hasil titik peluh sendiri.Kepuasan dalam nak membeli apa-apa pun tak sama dengan pakai duit sendiri π.
Lain-lain business yang daku buat tu banyak tak konsisten.Mungkin sebab daku tak feel betul-betul untuk buat business tu sungguh-sungguh.Sampailah August 2018 tu daku join Shaklee.Bila join Shaklee rasa lain sikit semangat yang ada dalam diri tu.Tapi masa tu still tak konsisten lagi.Ada je halangan dan penyakit malas tu.
Sampailah penghujung tahun 2018,baru daku dapat kesedaran yang sebenar-benarnya.Rasa macam baru tersedar dari mimpi waktu tu.Ingat lagi,waktu tu bulan December 2018,bulan yang kami satu family di kejutkan dengan berita yang mak kami di sahkan menghidap kanser Melanoma.Sejenis kanser kulit jenis yang ketiga.Alhamdulillah sekarang mak dah sihat,tapi still ada rawatan di hospital.
Sebahagian dari family ku
Masa tu terfikir,betapa pentingnya jaga kesihatan kan.Tapi nak harapkan dengan makan makanan berkhasiat memang susah dengan keadaan zaman sekarang.Sebab tu daku terfikir masa tu,daku dah dalam business Shaklee.Kenapa tak manfaatkan apa yang ada sekarang?Kenapa daku tak ajar diri dan family untuk ambil supplement ni untuk bantu topup nutrisi yang badan perlukan?Banyak sangat benda terfikir saat ni.
Sebab daku takut sangat kehilangan orang yang tersayang.Bukanlah nak kata makan Shaklee ni kita tak kan menghadap kematian.Maksudku,sekurang-kurangnya kita boleh jaga dan elakkan diri sendiri dan family dari penyakit-penyakit kronik.Ni lah BIG WHY daku.Daku tak sanggup untuk kehilangan orang yang daku sayang dan daku nak orang yang daku sayang ni semua hidup bahagia,tenang,sihat,happy dan tak hidup susah.Walau macam mana sekali pun,daku akan sentiasa ada dan sentiasa dapat tolong mereka dalam apa jua keadaan.
Dari awal tahun baru ni memang daku banyak berulang bawak mak ke hospital.Jadi banyak kekangan waktu untuk daku buat sharing.Tapi sekarang dengan azam dan semangat baru daku nak mulakan langkah baru.Daku nak buat sharing dengan lebih banyak lagi.Nak sebarkan lagi kebaikan dan manfaat yang patut korang boleh rasai dalam business Shaklee ni.Bukan setakat untuk buat duit je,tapi korang boleh jaga tahap kesihatan diri dan keluarga jugak.Team-team Shaklee yang lain pun banyak membantu.Sebab bila korang join Shaklee,korang akan dapat masuk support group yang bukan setakat bantu korang dalam business tapi bantu korang dari segi kerohanian juga.Sebab tu daku feel in love sangat dengan business ni sekarang.
Mohon doa dari korang semua untuk daku terus berjaya capai impian ku dan dapat bantu lebih ramai orangπ.Impian ku besar nak berjaya dalam business Shaklee ni untuk daku beri yang terbaik untuk family ku.Mohon doa dari korang k.
Iffah
Your Trusted SID (1303891)
TWB Beautician
Team Jutawan
www.wasap.my/60193610329
All the best Iffah :)
ReplyDelete