Assalamualaikum and hai korang.Apa khabar semua.Hope semua sihat-sihatlah hendaknya yee๐Sedar tak sedar harini dah hari yang ke 20 aku berpantang keguguran :(...
Berpantang ke???Off courselah berpantang,tapi ni dah hari ke 20 kurang sikitlah aktiviti berpantang compare 14 hri pertama tu ๐Ohh yer,untuk makluman korang,ni pengalaman keguguran yang kedua aku hadapi :( dan merupakan kandungan yang ketiga...bagi setengah orang akan cakap,ohh 2 kali dah.Takpelah ada pengalaman dah.
Korang,sekali ke dua kali ke pengalamannya lain tau.Setiap kali kita mengandung pun pengalaman lain-lain kan.Hepinya ingat saat-saat mengandung.Memang best,aku kalu ikot best mengandung rasa nak mengandung je setiap tahun..kikiki๐คฃTapi kena pikir jugak,anak nak membesar nak cukup kasih sayang.Kanggg tak terkejar plak kan.Tapi gais,seriously korang doa-doalah moga ada rezeki aku lagi.Mana tahu Allah nak bagi TWIN plak kan lepas ni.Sape tahu..ahakssss ๐๐๐
Ehh,ok back to topic utama kita.Actually masa aku keguguran tu kandungan dah nak masuk bulan ketiga,kalu ikot bulan betullah.Punca utama,aku pun tak tahu kenape.Mungkin dah takdir,Allah tetapkan dan DIA nak ganti dengan yang lebih baik kan.
Hari kejadian,ingat lagi dalam kepala aku 7 April 2019.Pagi tu saje keluar jejalan round-round kat taman aku duduk ni.Maklumlah hero kesayangan kami tu,sejak-sejak aku mengandung ni macam-macam peel dia.Kadang-kadang hilang sabar jugak aku ๐
Pagi tu masa dalam kereta,aku rase dalam rahim aku ni bergerak-gerak.Perasaan sama aku rasa masa mula-mula aku rasa pergerakan pertama Fatih dalam perut dulu.Tapi masa tu kandungan dah 4 bulan lebih.Ni baru 2 bulan lebih.Takkan dah rase.Bukan sekali tau,banyak kali.Aktif sangat rasa baby ni bergerak.Sampai aku menjerit "eh,abang rase gerak-geraklah dalam perut.Takkan dah boleh rasa baby gerak-gerak kot".Suami aku diam je,relax je sambil bawak kereta.Dia boleh jawab,"haishh takkan dah boleh rase,awal lagi tu"...Aku cakap "betullah,memang betul-betul rase".Aku ingat lagi rasa tu,mase mengandungkan Fatih dulu.Takkan boleh lupa kot ๐
Lepas dah habis rasa gerak-gerak tu,dalam 2,3 minit jugaklah.Kitorang pun balik rumah,breakfast semua.Then tengahhari tu lepas Zohor aku pegi kelas belajar meroti.Mak akulah yang excited suruh aku pegi.Walau mase tu aku rase,aku dah terrer buat roti ๐ (tangan kat bahu,mata ke atas)hehehe...Aku join jugak,alang-alang duk rumah je kan.Plak tu dekat je dengan rumah aku ni.
Punyalah aku bergaya buat bulat tu ๐
Gebu-gebu tak roti kitorang buat ๐
Aku balik rumah lepas habis kelas,and lepas dapat tapau sikit roti yang kitorang buat.Beria nak bagi suami,anak and mak makan ๐
Dalam 6 lebih aku sampai rumah.Sampai-sampai tu aku terus landing rehat-rehat.Walaupun masa kat kelas aku tak aktif mane pun.Sebab pikir tengah mengandungkan.Tapi rest jugak,sebab lenguh-lenguh badan.Masa tu aku rasa lagi gerakan baby tu.Tapi slow and lemah je.Tak macam pagi tadi.Tapi masa tu aku tak fikir bukan-bukan pun.Just senyum and gosok-gosok je perut.Memang bahagia sangat rasa baby gerak-gerak dalam perut ni.Tanyalah mana-mana ibu pun.Diorang pun mesti macam aku๐Ohh ya,aku pregnant kali ni tak alahan mana pun.Tapi sakit pinggang and sakit gigi yakmat.Tak reti nak bagitau orang.Tu pun aku baru baik dari ulser lidah.Seminggu ooiii ulser,tak makan mane pun time tu.Bila ingat balik,memang hurmmmm.
Then,maghrib tu aku mandi semayang macam biasa.Sampai aku sedar,tetibe ada dot coklat kat panties aku.Masa ni aku dah tak sedap hati.Aku memang fobia kalu menda-menda macam ni.Terus ingat dekat kandungan first dulu.Terus wasap suami aku bagitau.Bagitau jugak dekat mak masa tu.Muka dia pun dah lain.Tapi,tenang aku.Cakap menda tu biasa jadi.Makcik aku dulu pun ada pengalaman macam tu.Aku tetap tak sedap hati.Cepat-cepat call suami,suruh balik nak g klinik cek.
Pendek cerita,lepas Isyak kitorang g klinik Hijraa.Sebab tak tau dah nak g mane.Tawakal je g situ.Nasib ada doc perempuan.Time scan ni,aku memang dah gelabah,nervous segala perasaan ada.Masa doc letak je alat scan dekat perut,anak aku Fatih tengok dekat skrin terus jerit baby,baby๐Padahal tulah first time dia tengok aku scan.Sebelum ni tido je.Doc siap-siap puji dia pandai.Masa tu memang terang-terang dah nampak baby.Aku,memang dah bergenang airmata saat tu.Lagilah tengok gelagat Fatih.Excited tengok adik dia.Tapi bila dengar je doc sebut,"saya nampak baby awak,comel je duduk ni.Tapi tak nampak dah heartbeat dia..tak nampak dah heartbeat dia".Aku masa tu macam dan di awan-awangan dah.Masa tu segala macam perasaan ada.Beria aku suruh doc cek betul-betul.Lama dia duk godek-godek perut aku.Last sekali tak nampak jugak.Dia bagi surat je untuk refer hospital.Aku dah macam apa time tu...hurmmmm anak ibu ๐๐๐
Anak ibu ๐ฅ
Then esoknya,kitorang g hospital.Kebetulan mak aku pun ada appointment hari tu.Mak aku sakit,nanti aku share entry pasal ni.Jadi kitorang berpecah.Aku g ke bahagian kecemasan.Suami and anak plak bawak mak aku g klinik harian untuk cek up kat sana.Takkan nak biar mak aku tolak kerusi roda sendiri kan.Berpecahlah kitorang waktu tu.Sampai-sampai kat kecemasan tu,boleh tahan jugaklah ramai orang.Aku amek no sesiap and tunggu je turn aku.Dari pukul 9.20 kot aku tunggu,sampailah pukul 10 lebih baru nama aku kena panggil....
Next aku share kat part 2 nanti.Stay tuned gais...๐
No comments:
Post a Comment